PROGRAM BERSAMA PJS HJ RAMLY AHMAD

17/03/2010 : Program penerangan Ko-Wahida
18/03/2010 : Kursus Perawatan Jawi & Produk Knowledge
19/03/2010 : Kursus Bekam
20 & 21/03/2010 :PBC SANDAKAN

Untuk keterangan lanjut sila berhubung;
Ust.Bahtiar H/P 013-547 6190
En.Amir H/P 019-584 3085
En.Kamal H/p 013-544 9540


PROGRAM KENALI HERBA BERSAMA - PU

PBC SANDAKAN BERSAMA PJM CIKGU MURAD

MENGELAK & MERAWAT PENYAKIT CARA RASULULLAH S.A.W

12/23/2009
CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT.
Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat- ayat Allah) dan mereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.(Al A'raaf:179)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil
PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu,banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam,tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Sekian, Wassallam.

Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan
penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)

PROGRAM MOTIVASI & INSENTIF 2010 OLEH PJM HJ KHALID ISKRI

12/20/2009




Alhamdulillah,sambutan program yang diadakan di cawangan HPA sandakan amat mendapat sambutan dari ahli HPA Sandakan dan Beluran.

TAKLIMAT INSENTIF KONVEK 2010

12/17/2009
Satu Taklimat Insentif Konvek 2010 akan diadakan seperti berikut;
Tarikh : 20/12/2009
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Cawangan HPA Sandakan

Taklimat akan disampaikan oleh PJS(PJS) Hj Khalid.
Taklimat ini terbuka kepada semua ahli HPA.

SALAM MAAL HIJRAH 1431

Buat semua ahli HPA di mana saja kalianberada, semoga anda sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT dan semoga diberikan nikmat kesihatan dalam ketaatan kepada Allah SWT.
SALAM MAAL HIJRAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN.

Lokasi Cawangan HPA Sandakan

12/08/2009

Cawangan sandakan ;
Lot 44, Blok D, Batu 1 1/2,
Bandar Maju, Jalan Labuk,
90000 Sandakan Sabah.